Feb 17, 2014


Satu bengkel telah diadakan di PKG Ayer Molek pada tarikh 5 Februari 2014 (Rabu) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 32 orang Ketua Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Ahli PKG Ayer Molek, PKG Padang Temu dan PKG Batu Berendam
Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimana bahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.
Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani  Surat Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Wan Abd Halim b Md Zin (PTP PKG Ayer Molek), En Syaharum bin Abdullah (PTP PKG Batu Berendam) Serta Pembantu Teknikal Pn Azlina bt Mohammed (JTK PKG Padang Temu)









0 komen:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More