Feb 17, 2014

BENGKEL PENGGUNAAN PERISIAN BAHAN DIGITAL MBMMBI BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN 5 DAN 6 UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA TAHUN 2014



Satu bengkel telah diadakan di PKG Ayer Molek pada tarikh 20 Februari 2014 (Isnin) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 28 orang Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolah rendah kawasan PKG Ayer Molek.
Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimanabahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.
Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani  Surat Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Wan Abd Halim b Md Zin (PTP PKG Ayer Molek) dan juga En. Mohd Nazrul b Ismail (Juruteknik Komputer PKG Ayer Molek).













0 komen:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More