Jan 9, 2013

Laporan Penyelenggaraan Peralatan ICT Melalui (STS)


Dimaklumkan kepada semua sekolah dalam kawasan PKG Ayer Molek supaya mula melaporkan 
kerosakan peralatan ict di sekolah bagi tahun 2013 di portal STS (http://devsps.moe.edu.my/).

Aduan mestilah dibuat sebelum 15 Januari 2013 bagi PENYENGGARAAN PUSINGAN PERTAMA.

Jika ada aduan yang dibuat sebelum 01 Disember 2012 yang masih belum diambil tindakan,
sekolah hendaklah melaporkan semula ke dalam STS.

Aduan yang telah dibuat selepas 01 Disember 2012 hingga sekarang masih boleh digunapakai sebagai 
aduan baru jika masih relevan.

Aduan yang dibuat selepas 15 Januari 2013 akan dimasukkan ke pusingan kedua pada Julai 2013.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi PKG Ayer Molek di Talian 06-2688163

Sila pastikan semua Pengetua/Guru Besar dimaklumkan mengenai perkara ini kerana maklum balas yang
diterima sebelum ini mendapati ada Pengetua/Guru Besar tidak dimaklumkan dan terlepas peluang
penyenggaraan.

0 komen:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More