Aug 7, 2012

Khidmat Bantu Konfigurasi ICT

Satu khidmat bantu konfigurasi ICT telah dijalankan di SMK Durian Daun melibatkan seramai 4 orang juruteknik komputer ft 17 dari 4 buah PKG. Sasaran pada khidmat bantu ini adalah kepada sejumlah 21 buah komputer yang tidak boleh digunakan. Khidmat bantu ICT ini dijalankan keatas sekolah tersebut berdasarkan terdapat banyak laporan kerosakan peralatan ICT serta laporan pada STS.

Hasil daripada kerjasama serta khidmat bantu secara berkumpulan itu juga sebanyak 19 buah komputer telah siap di format dan diselanggara. Manakala 2 buah telah rosak teruk iaitu kerosakan pada Hardware.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada 3 orang juruteknik yang telah hadir dan menjayakan program ini dengan jayanya. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih serta sangat menghargai diatas hasil usaha Pusat Kegiatan Guru Ayer Molek mengadakan program yang mulia ini.

Gambar-gambar semasa proses khidmat bantu :-







0 komen:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More