Jul 9, 2012

Muat Turun Instrumen Naziran SSQS 2012

Pengukuran tahap bestari sekolah dibuat dengan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. SSQS dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia Development Corporation (MDeC).

Objektif:
  1. Meningkatkan penggunaan ICT sekolah.
  2. Menjadi sistem pemantauan dan pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  3. Menjadi rujukan untuk penambahbaikan polisi dan program KPM.
  4. Memperkasa guru dan murid dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT untuk P&P.
Sehubungan dengan itu, GPB / GICT dikehendaki memuat turun instrumen-instrumen SSQS 2012 untuk dicetak dan diedarkan kepada responden. Klik senarai di bawah untuk muat turun instrumen.
  1. Borang Instrumen Pengetua / Guru Besar
  2. Borang Instrumen Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT
  3. Borang Instrumen Guru
  4. Borang Instrumen Murid

Tarikh memasukkan data SSQS bagi Zon Selatan (Negeri Melaka) ialah 1 - 20 Ogos 2012.

1 komen:

Cikgu Faizah.. SSQS Start 1 Ogos sehingga 20 Ogos.. Bukan 1 julai hingga 20 julai.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More