Jan 31, 2012

PEMANTAUAN PERLAKSANAAN MAKMAL BAHASA DASAR MBMMBI FASA 1 TAHUN 2011 DI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT SECARA "ONLINE"

Kepada Sekolah Yang Menerima Perisian Dan Peralatan MBMMBI 2011 :-

Hasil pemantauan secara rawak pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), didapati bahawa kerja-kerja pemasangan peralatan ICT dan bahan perisian Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan perisian Classroom Management System (CMS) tidak dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak syarikat. Justeru itu, Mesyuarat Penyelarasan Pembayaran Bagi projek Makmal Bahasa MBMMBI yang diadakan pada 29 Disember 2011 yang lalu telah memutuskan bahawa satu pemantauan secara intensif perlu diadakan disemua sekolah yang terlibat dengan projek Makmal Bahasa Dasar MBMMBI Fasa 1.

Sehubungan dengan itu, Pihak BTPN/PKG dimohon untuk menjalankan sesi pemantauan berhubung perkara diatas melalui borang atas talian (online) yang telah disediakan oleh BTP bagi menjamin hasil kerja pemasangan yang memuaskan dan berkualiti serta perisian yang dibekalkan boleh berfungsi dengan lancar seperti yang dikehendaki oleh kementerian Pelajaran Malaysia.

Bersama-sama ini disertakan pautan keborang pemantauan untuk diberikan kepada setiap sekolah. Borang pemantauan ini hendaklah dilengkapakan oleh pihak sekolah dan dipantau oleh PKG dan BTPN. Pihak PKG dan BTPN boleh membantu pihak sekolah yang terlibat, mengisi borang pemantauan tersebut sekiranya sekolah tidak mempunyai akses internet

Sebarang Pertanyaan boleh la menghubungi HAZWANI BINTI SARAT JUDDIN DI TALIAN 03-20987028 atau e-mel kepada hazwani@moe.edu.my

Pihak sekolah dikehendaki melengkapkan borang pemantauan ONLINE tersebut sebelum atau pada 15 FEBUARI 2012.Pihak sekolah juga diminta menyediakan Hard Copy( bercetak) untuk simpanan PKG dan BTPN Melaka

Klik disini untuk mendapatkan borang pemantauan

0 komen:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More