Jan 24, 2011

Perkhidmatan Rangkaian Internet Di Sekolah - Sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2011
Untuk makluman Y.Bhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan, kontrak perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Rangkaian Untuk Naik Taraf Lebar Jalur Schoolnet, No. Kontrak MOE.COM.A003/2008 antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan Syarikat Goverment Integrated Telecommunications Network Sdn. Bhd (GITN) telah tamat pada 31 Disember 2010.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan rangkaian internet di semua sekolah di bawah KPM berjalan lancar pada tahun 2011, adalah diputuskan pihak sekolah boleh memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider). Perkhidmatan untuk tempoh interim ini berkuatkuasa dari Januari 2011 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sebagai panduan, pihak sekolah adalah dikehendaki untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Kerjasama dari pihak Y.Bhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan didahului dengan ribuan terima kasih.

0 komen:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More