Dec 16, 2010

Program Khidmat Bantu Rangkaian LAN - SK Duyong


Pada 13, 14 dan 15 Desember 2010 yang lalu satu program Khidmat Bantu Rangkaian Lan telah dijalan kan di Sekolah Kebangsaan Duyong. Khidmat bantu yang disertai seramai 11 orang juruteknik sekolah yang juga merupakan juruteknik sekolah ahli PKG Ayer Molek Melaka telah berjaya menjalankan khidmat bantu tersebut dengan jayanya.

Khidmat Bantu rangkaian lan yang dijalankan bertujuan memudahkan kerja key-in data menggunakan talian internet selain dapat mencetak slip gaji. Talian internet tersebut telah dipasang di bangunan Pejabat Sekolah, iaitu di bahagian Pejabat, di bilik Guru Besar, bilik GPK 1, bilik GPK HEM, bilik guru, bilik BOSS serta kelas Pendidikan Khas.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More