Apr 16, 2009

Bengkel Membina Blog Untuk GPM/Penyelaras PSS

Pada 14 & 16 April 2009, bertempat di Makmal Siber SM Teknik Melaka Tengah telah diadakan Bengkel Pembinaan Blog Untuk Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) /Penyelaras PSS Sekolah Sekolah Ahli PKG Ayer Molek. Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Ayer Molek, Melaka. Tenaga pengajar adalah En. Mohd Zaki bin Ghazali.

Seramai 28 orang GPM/Penyelaras PSS telah hadir sepanjang bengkel ini. Objektif bengkel ini adalah agar semua GPM/Penyelaras PSS di dalam kelompok PKG Ayer Molek akan dapat membina blog sendiri bagi berkongsi maklumat sesama mereka dalam menguruskan PSS di sekolah masing-masing. Didapati para peserta begitu berminat serta menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel diadakan.

Di bawah adalah gambar-gambar yang diambil semasa guru-guru sedang membina blog PSS sekolah masing-masing.

0 komen:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More