Apr 17, 2014

Taklimat ICTS Untuk Guru-Guru ICT Sekolah Ahli PKG Ayer Molek

Tarikh Taklimat  :  10 April 2014
Tempat              :  Bilik Kuliah PKG Ayer Molek
Masa                 :  2.30 Petang
Peserta              :  Guru-Guru ICT Sekolah Ahli PKG Ayer Molek

Taklimat ini diadakan bagi membantu guru-guru ICT sekolah mengisi data ICTS sekolah yang diwujudkan oleh KPM melalui URL :  http://web.moe.gov.my/bad/icts/index.php. Diharap dengan taklimat yang diadakan dapat membantu guru-guru bagi mengisi data-data tersebut.












Taklimat Profesional Sekolah-Sekolah Ahli PKG Ayer Molek 2014

Tarikh  :  26 Februari 2014
Masa   :  2.30 petang
Tempat  : Bilik Seminar, Pusat Kegiatan Guru, Ayer Molek. Melaka
Peserta  :  Guru Besar & Pengetua Sekolah Ahli PKG Ayer Molek.





















Mar 18, 2014





Kami warga PKG Ayer Molek mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Md. Rashid bin Hj. Hussin di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Pendidikan Melaka yang baru. Selamat menjalankan tugas.

PEMANTAUAN ONLINE BAHAN DIGITAL BAHASA MALAYSIA DAN ENGLISH LANGUAGE

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Untuk makluman semua sekolah ahli Pusat Kegiatan Ayer Molek pihak BTP ada membuat pemantauan secara online untuk bahan Digital Bahasa Malaysia dan English Language. Oleh itu, guru BM dan guru BI dikehendaki mengisi instrumen tersebut.  Instrumen ini boleh diakses secara dalam talian di URL berikut:

  URL pendek:  http://goo.gl/X2s40o

Instrumen ini perlu diisi selewat-lewatnya sebelum 21 Mac 2014. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi PKG Ayer Molek di Talian  06-2688163.

Feb 19, 2014

PEMANTAUAN ONLINE BAHAN DIGITAL BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS TAHUN 2014



Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Untuk makluman semua sekolah ahli bahawa pihak BTP ada membuat pemantauan secara online untuk bahan Digital Bahasa Malaysia dan English Language. Oleh itu, guru BM dan guru BI dikehendaki mengisi instrumen tersebut.  Instrumen ini boleh diakses secara dalam talian di URL berikut:

  URL pendek:  http://goo.gl/X2s40o

Instrumen ini perlu diisi selewat-lewatnya sebelum 3 Mac 2014. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi PKG Ayer Molek di no 06-2688163.

Pemantauan Online Bahan Digital Bahasa Malaysia dan English Language

Feb 17, 2014

PERHATIAN KEPADA SEMUA ADMIN SPS SEKOLAH AHLI PKG AYER MOLEK



CHECKLIST UNTUK PENGURUSAN SPS SEKOLAH AHLI PKG AYER MOLEK

Dilampirkan satu borang "checklist" untuk administrator SPS sekolah ahli menyemak pengisian data SPS di sekolah masing-masing. Diminta pihak sekolah memuat turun borang ini dan mencetak bagi memudahkan pengisian data. Sebarang persoalan boleh hubungi terus ke EN WAN ABD HALIM BIN MD ZIN  (PTP PKG AYER Molek)  di talian 06-2688163 atau HP (017-3630255)

Sila KLIK DISINI untuk download borang Checklist


Satu bengkel telah diadakan di PKG Ayer Molek pada tarikh 5 Februari 2014 (Rabu) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 32 orang Ketua Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Ahli PKG Ayer Molek, PKG Padang Temu dan PKG Batu Berendam
Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimana bahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.
Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani  Surat Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Wan Abd Halim b Md Zin (PTP PKG Ayer Molek), En Syaharum bin Abdullah (PTP PKG Batu Berendam) Serta Pembantu Teknikal Pn Azlina bt Mohammed (JTK PKG Padang Temu)









Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More